SEJARAH





TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003. Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam.
Program Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 malam hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Inggeris yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 12:00 tengah malam. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia...lah!", pada Jun 2004.
Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program Hindi dan "Channel 9 India News" untuk program Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 6:00 untuk program Hindi, manakala program Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Channel 9 Tamil News", slot untuk program Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita pada jam 8:00 malam.
Program Bahasa Cina pula disiarkan pada jam 10:00 malam sehinnga 12:30 malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Xin Wen Lian Bo". Program berbahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "English News" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang.
Pada 1 Januari 2005Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 1 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.